dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg. Surau RPA, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Whatsapp Marketing Bersama Pelatih Giat Mara Padang Besar

26 May 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 23,24 dan 25 May 2017 PI RPA Arau telah mengadakan Kelas WHATSAPP MARKETING bersama pelatih-pelatih Giat Mara cawangan Padang Besar. Antara kursus yang terlibat ialah Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL), Penyejuk dan Penyaman Udara (PPU) dan Fasion & Designs (F&D). Kelas yang berdurasi keseluruhan 7 jam 30 minit ini telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut mengikut kursus latihan yang ditetapkan oleh pihak Giat Mara. Pelatih yang terlibat berjumlah seramai 43 orang.

Antara tajuk yang telah di sentuh ialah cara-cara membina platfom perniagaan menggunakan WHATSAPP, turut disentuh teknik-teknik asas cara-cara membina template asas pemasaran bermula dari peringkat awal rundingan dengan bakal pembeli sehinggalah testimoni pelanggan, ini termasuk cara membuat promosi secara berperingkat. Pelatih-pelatih turut menjalani latihan praktikal bagi memantapkan lagi teori yang dipelajari. Kelas sepanjang tiga hari ini berjalan dengan lancar dan pelatih-pelatih telah memahami secara teori dan pelaksanaanya. Pihak PI Arau berharap ilmu yang dikongsi menjadi nilai tambah kearah membentuk usahawan yang berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.