BENGKEL PENYUNTINGAN VISUAL TVPSS: KREATIF DENGAN CAPCUT

16 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pihak GPM PKP Jejawi dengan kerjasama SSTP JPN Perlis telah menganjurkan Bengkel Penyuntingan Visual TVPSS: Kreatif Dengan Capcut Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perlis seperti butiran berikut:
Tarikh: 13 – 14 Ogos 2025
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Dewan Avicenna, SK IPGM
Penglibatan: Seramai 100 orang murid sekolah rendah sekitar Negeri Perlis
Bengkel ini memberi peluang kepada murid untuk mempelajari kemahiran penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut, sekali gus meningkatkan kreativiti serta kemahiran abad ke-21 dalam bidang teknologi dan komunikasi visual.
Tahniah kepada semua peserta yang terlibat! Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan karya visual yang lebih menarik dan inovatif

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali