Penyerahan Mock Cheque Program Komuniti Madani, Rakyat Disantuni

17 November 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh : 16 November 2025 Ahad)
Masa : 9.00 Pagi- 12.00 Tengah Hari
Lokasi : NADI RPA Arau

YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Penyerahan Mock Cheque Peruntukan Komuniti KRT MADANI, Rakyat Disantuni Negeri Perlis di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Perlis.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengerusi serta wakil komuniti dari KRT Pekan Pauh, Arau; KRT Rumah Murah Kangar; serta KRT Taman Kemajuan, Kangar.

Majlis ini bertujuan menggalakkan wakil komuniti KRT melaksanakan program KRT MADANI Rakyat Disantuni yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dengan pilihan fokus aktiviti seperti pembangunan ekonomi dan keusahawanan belia, program khidmat komuniti, pendidikan dan literasi digital, literasi pendidikan keselamatan komuniti dan aktiviti outreach perpaduan termasuk bantuan komuniti serta intervensi semasa bencana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali