Festival Konvokesyen Ke-20 (FESTKON 20) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
24 November 2025 | Aktiviti TerkiniTarikh : 23 November 2025 (Ahad)
Masa: 10:00 pagi -5.00 Petang
Lokasi : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis
FESTKON 20 merupakan platform tahunan yang meraikan detik bermakna konvokesyen sambil memperkukuhkan hubungan Unimap dengan masyarakat melalui elemen budaya, seni dan kreativiti.
Penganjuran pada tahun ini dijangka menawarkan pengalaman lebih segar, penuh warna dan berinspirasi selaras dengan tema fantasi yang diketengahkan.
pelajar Unimap serta pengunjung memenuhi tapak festival sempena majlis perasmian yang turut disertai mahasiswa daripada pelbagai fakulti serta pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdekatan yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: