NADI x Mahir _ Mahir Jahit Minggu 17

11 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh & Masa : Selasa 10 Jun 2025 2.30 Petang- 4.30Petang
Lokasi/Medium: NADI RPA Arau
Peserta: Terbuka

Objektif Webinar
Mahir Jahit diteruskan dengan kesinambungan projek menjahit tudung 2 lapis yang telah dimulakan pada minggu sebelumnya. Dalam sesi kali ini, peserta diberi tunjuk ajar untuk menyempurnakan teknik jahit tepi halus sebelum menyambung ke proses menjahit bahagian hadapan tudung satu kemahiran penting dalam penghasilan tudung yang kemas dan profesional.

Selain aspek kemahiran menjahit, peserta juga dibimbing untuk memahami cara menghantar tugasan ke dalam sistem MTS, sekaligus meningkatkan literasi digital mereka dalam pembelajaran kemahiran secara dalam talian. Sepanjang proses ini, petugas NADI sentiasa bersedia membantu dan membimbing peserta agar setiap tugasan dapat dihantar dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali