Program KIS Pandu Puteri Tunas 2025

19 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh : 18 Jun 2025
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi : Dewan Ilmu, Unimaps

Pada 18 Jun 2025, MCMC telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama kadet Pandu Puteri Tunas di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAPs). Seramai 168 murid daripada 15 buah sekolah rendah di negeri Perlis terlibat dengan kempen ini. Modul yang digunakan ialah Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) – Modul Murid Sekolah Rendah (10–12 tahun).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid mengenai had umur minimum bagi penggunaan platform media sosial, memberikan pendedahan tentang risiko penggunaan internet, tanggungjawab sebagai pengguna, serta kesan jangka panjang terhadap keselamatan digital.

MCMC Negeri Perlis turut mengambil kesempatan untuk melantik ikon pelajar Kempen Internet Selamat untuk menjadi teladan dan memberi inspirasi kepada pelajar dalam mengamalkan keselamatan dalam talian.

#MCMC #KempenInternetSelamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali